Harakahdaily, | 07 Apr 2012 |
Lawatan itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
(Gambar: Anggota delegasi tiba di Lapangan Terbang Beijing.)
Turut serta, timbalan exco Hazami Mohd Nor, Pengarah Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, Ir Fauzi Abdul Rahman dan Pengurus TDC, Nazri Deraman.
Turut serta tiga orang rakan media, termasuk wakil Harakahdaily serta beberapa orang ahli perniagaan.
Lawatan berkenaan meninjau perkembangan teknolgi terkini khususnya dalam pembinaan bangunan, iaitu Industrial Building System (IBS) pembinaan bangunan yang cepat.
Bukan itu sahaja, ianya bakal melibatkan kos yang rendah dan pengunaan tenaga buruh yang kurang.
Besok rombongan akan melawat dua buah kilang yang berkaitan dan keesokkan harinya ke tapak projek untuk meninjau perkembangan teknologi terkini itu.
Rombongan ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang kira-kira jam 9.00 dan selamat tiba kira-kira jam 3.00 petang, semalam.
No comments:
Post a Comment