Seorang
lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambar sebuah “peta syurga” di
dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu, asal Mandeni, sebuah
kota kecil dekat Durban, itu juga mengaku sebagai nabi.
Warga
kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu
untuk melihat peta yang dimaksud. Mthembu mengatakan, dia membuatnya
setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dikutip harian Sowetan.
Tidak
cukup dengan pengakuan itu, Mthembu mengatakan, ada 11 syurga dan dia sudah
mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam
kunjungan keduanya ke surga. Ketika itu, katanya, dia mampir di sebuah
planet Jadalem yang tertutup air dan ais .
“Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda,” Mthembu menjelaskan.
Kepada Sowetan,
Mthembu mengisahkan, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih
mendatanginya di rumah dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika
“malaikat” itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.
“Saya
diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan
Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy,” katanya pada Sowetan.
Mthembu
juga mengatakan, Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat
pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini
ramalan itu tidak terjadi.
“Sebenarnya
yang terjadi pada hari itu adalah terjadi pertemuan besar di syurga,
yang dsebut Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan setan,”
terangnya.
“Nabi
mengatakan satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei
itu merupakan awal hitungan untuk kiamat,” papar Mthembu.
Sejak
kembali dari perjalanan terakhirnya ke sayurga, pada 2008, Mthembu
menggambar peta syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan
pada dunia.
“Saya tidak tahu mau percaya atau tidak,” kata seseorang yang melihat “peta syurga” di rumah Mthembu.
“Menurut
saya, ini soal agama atau kepercayaan pribadi. Ada orang yang percaya
itu benar-benar peta syurga, sementara yang lain tidak memercayainya,”
lanjut pengunjung itu.
Mthembu
mengajak orang-orang di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang
dibuatnya kerana suatu saat nanti pasti ada orang China, Inggeris, atau
Jepun yang mengaku membuat peta syurga. “Afrika Selatan akan dilupakan
sebagai tempat peta syurga pertama dibuat,” katanya.
Selain membuat “peta syurga”, Mthembu juga menulis beberapa buku yang berisi perjalanannya ke syurga.
menujuhijau
No comments:
Post a Comment