Isnin, 2 April 2012
Mohd Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerusi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, adalah bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010. Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara jam 8 malam dan 11 malam 27 November lalu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh mengulangi perbuatan itu pada 28 dan 29 November di sebuah rumah berdekatan rumahnya antara waktu yang sama.
Tiada pengakuan dicatatkan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zul Fazliah Mahmud manakala Mohd Sapawi tidak diwakili peguam.
Zainal Abidin menetapkan 25 April ini bagi tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
relevensokmo
- BERNAMA
Mungkin fitnah kott.. Dah lumpuh tk blh nak berjalan mcamna boleh rogol??
ReplyDeletenanti tengok keputusan mahkamah
ReplyDelete