30 April 2012
Anggota Unit Amal Pas yang mengetuai penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0, bertindak sedemikian apabila melihat sebahagian jalan yang menjadi kepungan polis kosong.
Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Unit Amal mempunyai rekod cemerlang dalam membantu masyarakat mengawal keamanan negara ini.
"Kejadian yang dikatakan merempuh itu tidak masuk akal, apa lagi memukul anggota polis. Mereka dihantar sebagai skuad khas untuk menangkis provokasi dan bukannya memusuhi polis.
"Apa yang berlaku pada hari tersebut adalah Unit Amal dan penyokong Anti-Lynas terkepung dengan dua pasukan polis yang mengepung sepanjang sebahagian Jalan Ampang. Polis membuat barisan melintang menyebabkan Unit Amal dan Anti-Lynas tidak dapat melalui jalan tersebut.
"Polis turut mengepung Jalan P Ramlee di mana ada benteng polis dan mereka bersilang tangan. Tetapi, ia hanya sebahagian jalan sahaja. Ada polis yang hanya berdiri dengan keadaan tidak sebaris. Jadi, melihat keadaan yang agak kosong di bahagian kiri jalan, Unit Amal merasakan itu ruang untuk meloloskan diri daripada bertembung dengan polis," katanya kepada media, hari ini.
No comments:
Post a Comment