Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail dan Pengarah Eksekutif Wan Shahinur Izran Salleh dalam proses memuktamadkan penjualan hartanah itu dengan nilai RM3 juta kepada Insun Development Sdn Bhd.
"Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal NFC kepada isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan harta-harta yang sepatutnya dibekukan," kata Rafizi.
Dengan usaha itu, dakwa Rafizi lagi, menunjukkan syarikat itu sedang melupuskan asetnya.
Justeru beliau menegaskan bahawa semua transaksi melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana kemungkinan besar ia diperoleh menggunakan dana awam.
Shahrizat -- isteri kepada Salleh -- akan berundur daripada jawatannnya selepas penggal lantikan sebagai senator tamat tiga hari lagi (8 April) setelah terpalit sama dengan projek kontroversi itu.
No comments:
Post a Comment