Saturday, April 14, 2012

Polis melakukan aksi bahaya, panjat depan bas hanya untuk saman

Jumaat, 13 April 2012
Foto : Aksi Nguyen (youtube)
Foto : Aksi Nguyen (youtube)
HANOI - Aksi polis lalu lintas (polantas) di Vietnam ini patut diberi tahniah. Dengan penuh keberanian, dia melompat ke bahagian depan bas yang melanggar peraturan, kerana bas itu tidak mau disaman.

Leftenan Nguyen Manh Phan meminta Phung Hong Phuong agar menghentikan bas yang dipandunya kerana bas itu melintas di jalan yang berlawanan arah. Namun Phuong menolak untuk menerima surat saman dari Nguyen dan tetap menancapkan gas.

Nguyen akhirnya melakukan tindakan yang berbahaya, dirinya melompat ke bas tersebut dan bertahan di depan kaca bus. Nguyen berharap bas itu berhenti dan menerima surat samannya. Namun Phuong tetap memecut dengan kecepatan cepat di jalanan. Nguyen pun tampak bergelantungan di depan bas tersebut. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Jumaat (13/4/2012).

Tindakan berani yang dilakukan Nguyen terakam kamera dan disiarkan di situs Youtube. Phuong akhirnya menyerah dan menghentikan basnya. Pemandu bas itu juga mendapat dakwaan melakukan penyerangan terhadap pegawai keselamatan.

Nguyen sedar, dirinya melakukan tindakan yang berbahaya, namun Nguyen menjelaskan bahawa tindakan itu dilakukannya sesuai dengan prosedur.(AUL)

No comments:

Post a Comment