Isnin, 23 April 2012
WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI)
Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di
seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.
Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam
antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk
mengawal komputer yang dijangkiti virus.
Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam
atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian
beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.
Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.
Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah
laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS,
www.dcwg.org.
Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah
dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah
itu.
Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. - Agensi
* Sumber

No comments:
Post a Comment