PETALING JAYA: Jika tidak kerana kereta penculik rosak di Kampung
Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di sini, sepasang suami isteri warga
Indonesia mungkin menemui ajal apabila diculik dua lelaki menyamar polis
di rumah mereka di Sungai Chua, Kajang, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan suami isteri warga
Indonesia berusia 30-an itu ditemui anggota polis membuat rondaan dalam
keadaan tangan diikat manakala tubuh mereka cedera dalam kereta yang
ditinggalkan di depan sebuah kondominium di Kampung Sungai Kayu Ara.
Menurut sumber, sebelum itu dua lelaki datang ke rumah mangsa kira-kira
jam 10.30 malam dan menyamar sebagai polis sebelum menggari suami isteri
itu kerana mereka kononnya akan dibawa ke balai berikutan melakukan
kesalahan.
“Mangsa tidak membantah dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta. Bagaimanapun, pasangan itu tidak dibawa ke balai polis, tetapi dibawa ke arah Damansara.
“Mangsa tidak membantah dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta. Bagaimanapun, pasangan itu tidak dibawa ke balai polis, tetapi dibawa ke arah Damansara.
“Sejurus tiba di satu kawasan berhampiran masjid Kampung Sungai Kayu
Ara, dua suspek terbabit menyerahkan kedua-dua mangsa kepada tiga lelaki
lain dan seorang daripada mereka bekas suami mangsa wanita.
“Pasangan suami isteri itu dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta lain dan
gari pada tangan mereka dibuka sebelum diikat pula dengan tali. Selepas
itu, mangsa wanita dibelasah manakala mangsa lelaki dicekik sehingga
pengsan,” katanya.
No comments:
Post a Comment