Sunday, April 29, 2012
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin akhirnya dibebaskan setelah berada dalam tahanan polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) lebih lapan jam setelah ditahan jam 6.55 petang semalam di kawasan Jalan Raja Laut semasa perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung di sekitar Kuala Lumpur.
Badrul atau lebih mesra dengan nama CheguBard dalam mesej di Twitter menyatakan beliau dibebaskan kira-kira jam 2 pagi dan menyatakan bahawa kecederaan yang dialaminya tidak akan sesekali mematahkan semangatnya melawan rejim Umno-APCO dan Barisan Nasional.
Dalam mesej di Twitter beliau menyatakan:
@chegubard Saya yakin kecederaan ini takkan mematahkan semangat
Rakannya Md Sani Md Shah juga sudah dibebaskan dengan keadaannya agak teruk akibat dibelasah beramai-ramai oleh anggota polis yang tidak memakai uniform serta nombor anggota di dalam trak semasa dibawa ke PULAPOL dan semasa dalam tahanan di sana.
Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut ditahan sebelum dibebaskan beberapa ketika selepas itu menyifatkan keganasan polis sudah diizinkan rejim Najib Altantuya kerana mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk melakukan provokasi hingga rakyat yang sudah beransur pulang pun dikasari termasuk ditendang dan dipukul beramai-ramai.
Tian yang tiba di rumahnya kira-kira jam 5 pagi tadi turut tidak gentar dengan kekejaman polis sebaliknya lebih bersemangat walaupun turut dipukul dengan teruk semasa dalam tahanan.
Peguam-peguam Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq Mohd Noor berusaha membebaskan kesemua tahanan yang turut dikhabarkan dihantar juga ke balai polis Bukit Jalil dan beberapa tempat lain.
Mereka bertugas sebaik sahaja dimaklumkan menerusi Twitter bahawa tahanan sudah dihantar ke PULAPOL hingga selesai jam 5.20 pagi tadi.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berada di hadapan pintu masuk bagi memberi sokongan dan mendesak tahanan dibebaskan.
Dikahabarkan ada tahanan yang dibebaskan dengan menghantar mereka keluar senyap-senyap menggunakan bas ke stesen bas Jalan Pekeliling sehingga para peguam tidak dapat mencatatkan butir peribadi tahanan untuk rekod.
Adalah dipercayai tindakan polis tersebut bertujuan bagi mengelakkan tahanan yang dibawa dengan bas menceritakan keadaan mereka semasa dalam tahanan selain mengurangkan risiko polis dipersalahkan kerana bertindak kasar dengan memukul peserta himpunan.
Juga ada berita yang diterima memaklumkan bahawa wartawan stesen TV satelit Al Jazeera dirosakkan kameranya oleh anggota polis hingga terpaksa menggunakan penyedia aplikasi video Skype menggunakan iPad untuk menghantar video perhimpunan Bersih ke ibu pejabat mereka di Doha, Qatar.
Seperti laporan sebelumya, wartawan yang bertugas turut dirosakkan kamera dan kad memori yang tersimpan di dalam kamera turut dirampas bertujuan menyembunyikan rakaman dan keganasan polis semasa perhimupunan sedang berlangsung.
Kini, Kuala Lumpur sudah kembali tenang tetapi anggota polis masih ditempatkan di sekitar Dataran Merdeka sehingga perintah larangan tamat 1 Mei ini.
Beberapa orang jurugambar akhbar ditahan ketika mengambil gambar yang didakwa membabitkan tindakan kekerasan polis.
Tidak jelas berapa ramai jurugambar yang ditahan. Seorang daripadanya adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin.
"Kamera saya dan kad memori telah dirampas," kata Koh.
"Mereka berkata mereka mahukannya sebagai bukti."
Koh dibebaskan kira-kira jam 7.50 malam selepas mengesahkan dia seorang wartawan-jurufoto.
Satu jurugambar memberitahu Malaysiakini bahawa selepas dia enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.
Ia telah disahkan oleh akhbar Guang Ming Daily bahawa salah seorang jurugambarnya telah ditangkap ketika mengambil gambar satu proses penangkapan dan dakwaan kekerasan polis.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment