Saturday, April 21, 2012

Wanita jahit bibir sendiri setelah bertengkar dengan menantu

indah.com 22 April 2012


TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan berusia 57 tahun dan hanya diketahui memiliki nama Lin menjahit bibirnya sendiri setelah ia bertengkar dengan menantunya di rumah mereka di Taiwan. Demikian diberitakan China Times.
Lin mengaku penat mendengar keluhan menantunya yang mengatakan dirinya terlalu cerewet. Minggu lalu, setelah sebuah perdebatan yang hebat dengan menantunya berasal dari Vietnam, sang menantu bernama Chen menelefon polis dan mengatakan jika Lin menghidap kelainan jiwa tapi menolak pergi berubat.
Polis tak boleh melakukan apapun kerana Lin mengunci diri di dalam bilik dan meninggalkan rumah mereka di Taoyuan. Dua jam kemudian, dia kembali dan Chen menelefon polis dan mereka menemukan kepala Chen berdarah dan menurut Chen ini disebabkan kerana Lin menyerangnya dengan seterika.
Pada petang harinya, Lin ditemukan jalan-jalan di dekat taman dan bibirnya dijahit. Ia kemudian dibawa ke hospital agar jahitan tersebut dilepas.
Lin mengatakan jika ia menjahit bibirnya sendiri kerana Chen selalu marah jika ia terlalu cerewet. Tetapi doktor tidak percaya kerana jahitan itu terlalu rapi dan kemungkinan dilakukan orang lain.

No comments:

Post a Comment