posted by indah.com on 1 April 2012
Santa Muerte disimbolkan dengan mengenakan jubah bertengkorak dan membawa arit
TRIBUNNEWS.COM, SONORA - Delapan orang ditahan pihak keselamatan negara bahagian Sonora, Mexico, kerana dipercayai kuat telah melakukan pembunuhan terhadap tiga orang sejak tahun 2009.
Parahnya, para mangsa yang dibunuh dengan sadis untuk tumbal persembahan. Menurut penyiasatan Polis Sonora, para pelaku kejahatan kemanusiaan ini berlatar aliran atau ajaran sesat Mexico.
Mereka masih terikat dalam satu keluarga yang masuk sekte Santa Muerte atau Santo Kematian. Badan Penyiasatan Polis Sonora mengungkapkan, di antara pelaku masih berusia 15 tahun.
Tiga korban kumpulan ini dibunuh antara tahun 2009 hingga Februari 2012. Menurut Juru Cakap Polis Sonora, Jose Larrinaga, ketiganya dibunuh dan darah mereka dipersembahkan di altar Santo Kematian.
Santo Kematian digambarkan sebagai tengkorak berjubah dengan membawa arit. Satu dari tiga korbannya, ternyata yang masih berusia 10 tahun.
"Mereka memotong nadi mangsa ketika mereka masih hidup. Lalu menampung darahnya di mangkuk sampai mereka mati kehabisan darah," jelas Jose Larrinaga di Sonora, Mexico, seperti dilansir dari CNN, Sabtu (31/3/2012).
Persembahan darah ini mereka lakukan demi mendapatkan perlindungan ataupun kekebalan. Tubuh para mangsa ditemukan di lahan bekas lombong di Nacozari de Garcia, sekitar 250 kilometer utara Hermosillo, ibukota Sonora.
Gubernur Sonora, Guillermo Padres Elias pun berang. Ia menegaskan, tragedi ini kali pertama. Terungkap pembunuhan sadis yang dilakukan para pengikut Santa Muerta.
Sekte Santa Muerte merupakan kepercayaan yang memadukan keyakinan Katolik dan pagan. Walaupun santo kematian tidak diakui otoriti Gereja Katholik, namun aliran sesat ini memiliki banyak pengikut di Sonora dalam beberapa tahun terakhir.
No comments:
Post a Comment