Khamis, 26 April 2012
Zahida Rafik perjelas hubungan : ‘Semua itu fitnah’
KUALA LUMPUR: “Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang
pemimpin negara, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon, Zahida Rafik
mengenai dakwaan dia menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Zahida, membuat kenyataan ringkas itu ketika ditemui sewaktu dia
menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah
di sini, semalam Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam
filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih
lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia
ada hubungan dengan Shafie.
ZAHIDA...enggan ulas hubungan dengan menteri.
“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu
ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka
menasihatkan supaya berdiam diri sehingga masa yang sesuai,” katanya.
Ketika ditanya mengenai penyebaran sepucuk surat di Internet yang
didakwa ditulis olehnya dan kandungan surat itu antara lain menafikan
dia menerima wang sejumlah RM1.5 juta daripada Shafie sepanjang Oktober
2011 hingga Januari lalu, Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan
dengan surat berkenaan.
“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya. Harian Metro
No comments:
Post a Comment