Thursday, May 3, 2012

3 pelajar UM digantung satu semester


Wartawan Sinar Harian
3 Mei 2012
Demo PTPTN: 3 pelajar UM didakwa hari ini
Syahid, Haziq dan Safwan menunjukkan notis prosiding ke atas mereka pada satu sidang media di Dataran Merdeka pada 26 April lalu.
 
KUALA LUMPUR - Tiga penuntut Universiti Malaya (UM) digantung pengajian satu semester dan didenda tidak lebih RM200 kerana didapati bersalah memalukan universiti dan mengganggu ketenteraman awam dengan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu.
Ketiga-tiga pelajar terbabit juga diberi amaran keras dan didenda tidak lebih RM200.

Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

Mereka menerima notis hadir perbicaraan pada 26 April lalu.

Mohd Syahid, 23, merupakan penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Politik Islam, Safwan, 23, penuntut tahun ketiga Pendidikan Islam dan Haziq, 20, pula pelajar tahun satu undang-undang.
Ketiga-tiga mereka yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di ibu negara dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku, bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii), didakwa memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam

No comments:

Post a Comment