
BANDAR RAYA MEXICO – Sembilan mayat
ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam
negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan.
Laporan berkenaan yang memetik kenyataan
pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima
lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.
Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000
penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan
Amerika Syarikat.
Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar [...]
No comments:
Post a Comment