Kedua-dua mereka - exco Pemuda PKR (AMK) Farhan Ibrahim dan anggota Unit Amal PAS Mat Kamal Ismail - kini dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.
Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata, Farhan ditahan kira-kira jam 3 pagi di Melaka Tengah dan disiasat bawah seksyen 440 Kanun Keseksaan berkaitan melakukan khianat ketika rusuhan.
"Dia ditahan tanpa waran," dakwa Rozan ketika dihubungi Malaysiakini.
Farhan diwakili peguam Mohd Yusmadi Yusoff yang juga ahli parlimen Balik Pulau
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Ketua Pengarah Unit Amal PAS Johari Osman sebagai berkata, Mat Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang bekerja syif malam.
"Selepas ditahan dia dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari yang dipetik Harakahdaily.
Setakat ini, masih belum pasti bila mereka akan dibebaskan.

No comments:
Post a Comment