myMetro
DI SINI...Amanshah (tiga dari kanan) menunjukkan tempat abangnya, Mahadi ditemui mati.
KLUANG: “Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur
dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga
isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25,
menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang
jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi
kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah
mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini.
Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun
lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk
mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah
mereka.
Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.
Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.
No comments:
Post a Comment