Thursday, May 10, 2012

Arab Saudi Sekat Jemaah Malaysia kerana BERSIH 3.....Ini jawapan Ustaz ...baca!



"Pasal sekatan ke Mekah dan Madinah oleh kerajaan Saudi - kenapa kerajaan Saudi nak tunggu musim Haji baru nak sekat? Kalau dia nak sekat orang Malaysia ke Mekah dan Madinah mereka akan sekat sekarang kerana jemaah umrah lebih ramai daripada jemaah Haji. Jemaah Haji hanya 28 000 setahun sedangkan sehingga kini sudah 240 000 (dari Jan - April 2012) yang menunaikan umrah. Seperkara lagi kalaulah kerajaan Saudi benar-2 ambil tindakan menyekat kemasukan jemaah Haji Malaysia, tak kanlah kerajaan Malaysia berdiam diri dengan hanya tahu marahkan rakyat sendiri sahaja? Seperti cikgu disiplin panggil ibu bapa ke sekolah dan membentangkan segala tingkah laku tidak baik anak mereka, ibu bapa hanya kata kepada si anak, "inilah engkau tidak dengar cakap ayah dan mak". Kalau itu yang berlaku apakah imej kerajaan Malaysia di mata negara-2 OIC? Mesti kerajaan Malaysia cuba sedaya upaya mohon kerajaan Saudi tarik balik demi imej negara. Jadi pada sayalah, amaran di Utusan Malaysia itu amaran kosong sahaja. Siapa yang buat amaran itu? Maaflah saya dah 3 tahun tidak beli Utusan."

TERBAIK JAWAPAN USTAZ NI

baca sini apa kata menteri kita klik

Aiyang Disayang

No comments:

Post a Comment