Thursday, May 31, 2012

Azmin: Saya yakin saya tidak ambil rasuah

 sinar harian
30 Mei 2012
azmin
$entry.content.caption.value
PETALING JAYA - Azmin Ali menegaskan, dakwaan laporan portal Malaysia Today, kendalian Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar kes rasuah jutaan ringgit membabitkan beliau ditutup ketika menjadi  Timbalan Perdana Menteri 17 tahun lalu, menunjukkan ada agenda "jahat" menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Presiden PKR ini menyebut pada tahun 1995 beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu.

"Tuduhan RPK ini memang sesuatu yang jahat dan tidak berasas.

"Saya rasa beliau sudah hilang pertimbangan dan mempunyai agenda tertentu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," kata Azmin kepada media ketika ditemui petang tadi.

Azmin turut persoalkan rasional perkara itu dibangkitkan pada masa sekarang kerana ia telah berlaku 17 tahun lalu dan siasatan telah pun dijalankan terhadapnya.

"Saya sudah lunaskan tanggungjawab dengan memberi kerjasama kepada BPR dan Anwar juga telah menyuruh saya berbuat demikian.

"Saya yakin saya tidak amalkan rasuah dan sebab itu saya tampil bekerjasama memberi maklumat yang diperlukan oleh BPR ketika itu," katanya lagi.

Azmin juga berkata, sekiranya beliau dipanggil untuk disiasat semula itu, terpulang pada pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment