"Syarikat yang terus beriklan atau menaja badan-badan ini perlu sedar bahawa mereka akan menyokong penyelewengan dan salah lapor himpunan BERSIH 3.0.
"Ia adalah salah secara etika dan moral. Amalan ini perlu dihentikan segera jika rakyat Malaysia mahu maju dan menyelamatkan demokrasi kita daripada terus rosak," menurut kenyataan kumpulan itu.
Meng
ulas
Hari Kebebasan Media Sedunia yang disambut semalam, kumpulan itu
berpendapat kegagalan berterusan media perdana memberikan gambaran
sebenar sebagai tragedi yangperlu dihentikan.
"Skandal di sebalik penapisan berita BBC tentang himpunan Ahad lepas hanyalah secebis daripada gambaran sebenar perkara yang berlaku.
"Alasan kabur dan tidak memuaskan yang diberikan Astro dalam menapis laporan Al Jazeera dan BBC tentang BERSIH 3.0 mengkhianati kepercayaan penonton dan pelanggan," kata mereka.
BERSIH Global turut mengkritik penyelewengan media milik kerajaan dan berkaitan kerajaan yang didakwa menggunakan kaedah penapisan ala kaedah menteri propaganda Nazi Joseph Goebbels suatu ketika dahulu

No comments:
Post a Comment