sinar harian
13 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Pasukan polis dan bomba sedang menjalankan operasi
mencari seorang wanita yang dikatakan terjun daripada sebuah
jejambat merentasi Sungai Klang di Brickfields di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid operasi mencari bermula 10.40 malam tadi selepas menerima maklumat pada 10.30 malam, kira-kira 15 minit selepas kejadian. Operasi itu dihentikan pada 12 tengah malam kerana arus sungai yang deras dan disambung semula pada 8 pagi ini, katanya ketika dihubungi Bernama.
Wan Abd Bari berkata sebelum kejadian, wanita itu menaiki teksi yang selalu digunakan keluarganya seorang diri dari Puchong Jaya ke Jalan Syed Putra dan berhenti berhampiran sebuah sekolah di kawasan itu.
"Pemandu teksi yang membawa wanita berkenaan memang mengenali keluarganya dan wanita itu memintanya berhenti di tepi jalan," katanya, sambil menambah kata wanita itu kemudian dilihat menuju ke jejambat tersebut.
Menurutnya, abang wanita itu mengesahkan bahawa adiknya menghidap sakit mental dan kes itu masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur
berkata ada saksi ternampak wanita itu terjun daripada jejambat
berkenaan.
Beliau berkata sembilan anggota bomba terlibat dalam operasi mencari wanita itu pagi ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment