16 Mei 2012
siasahkini
Semalam
14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara
Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang
ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja
teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang
dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat
berjalan dengan selesa dan baik.
Selesai
waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua
disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat
ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada
ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi
tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat
dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan
yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan
peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.
Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut :
“tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat” ketika itu semua terdiam seketika.
“Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan”.
Untuk
makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan
perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu.
Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara
ini.
“Kamu
semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk
belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk
menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya
sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni” ujar
pengerusi tersebut.
“Apa
yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas
pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit.
Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak
sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah” sambungnya
sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.
Apa
yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau
sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan
perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah
berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab
negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas
Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat
yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang
disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya?
Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita
percaya. Nasi sudah menjadi bubur.
Sikap
berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri
yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun
negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus
tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya
untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah
umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.
Walaupun
Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang
menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan
kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang dipajakgadai tersebut,
apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?
Pendedahan
yang dibuat ini adalah satu peringatan kepada seluruh lapisan
masyarakat agar dapat menolak kerajaan BN yang ada sekarang dan
digantikan dengan Kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment