Ramai orang memiliki hobi mengumpul setem, sebahagian lainnya gemar
mengumpulkan kereta dan kereta antik, ada juga yang mencari dan
menyimpan medal, wang kuno, kristal, guci, piring antik, patung dan
lukisan.
Namun terbayangkah anda bahawa ada saja orang yang gemar mengumpul
sesuatu yang amat sangat tidak biasa, iaitu Kolektor Tattoo Mayat.
Dr Katsunari Fukushi adalah salah seorang pengasas Japan Tattoo Institute
yang bergerak dibidang pelestarian seni tradisional tattoo Jepun atau
popolarnya "tebori".
Sebanyak 100 lebih tattoo tradisional yang memenuhi kanvas hidup
kulit manusia yang sudah mati, disamak dan dikoleksinya. Hal ini
tentunya dilakukan dengan mendapat keizinan sebelumnya, segalanya ia
lakukan demi pelestarian budaya dan ilmu pengetahuan.
Tebori yang artinya mengukir dengan tangan. Zaman dahulu kala masyarakat
Jepun mentatto tubuh mereka dengan menggunakan sebuah batang bambu
berisi jarum di hujungnya yang digunakan untuk menempatkan arang dan
menggunakannya sebabai tinta tatto.
sumber: yahoo.id
No comments:
Post a Comment