May 10, 2012 The Malaysian Insider
Sumber-sumber menyatakan bahawa peguam berkenaan, yang kebanyakannya
mengambil pendekatan “jalan tengah”, begitu teruja untuk menyatakan
pandangan mereka walaupun mereka tahu peluang untuk kesemua 12 resolusi
itu diterima adalah cerah.
“Beberapa peguam mempunyai pendirian sendiri terhadap sebilangan usul.
Mereka bersetuju terhadap usul seperti memperbaharui desakan terhadap penubuhan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis) tetapi tidak kepada resolusi meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf secara terbuka. Ini kerana mereka merasakan bahawa siasatan perlu diselesaikan terlebih dahulu,” kata seorang peguam yang berpusat di Pulau Pinang dan enggan dikenali.
Sebahagian peguam, kata beliau begitu berhati-hati untuk membuat kenyataan ketika ini kerana mereka lebih suka untuk menyatakannya semasa EGM berkenaan.
“Beberapa peguam, termasuk sebilangan peguam kanan, tidak mahu memberikan pendapat mereka secara terbuka memandangkan mereka menyedari bahawa apabila mereka melakukannya, pasti banyak kritikan diterima,” katanya.
EGM Majlis Peguam berkenaan turut meliputi resolusi yang mendakwa polis menggunakan “kekerasan melampau” dan mengutuk “taktik polis” untuk menyuraikan para peserta perhimpunan. Usul juga dikemukakan meminta polis mengenal pasti “pegawai dan anggota yang ingkar perintah dan menyerahkan mereka untuk didakwa” dan kerajaan membayar pampasan terhadap mangsa yang diserang pada perhimpunan Bersih 3.0 atau Kotor 3.0 (bergantung kepada kumpulan yang mereka maksudkan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong kerajaan dan bertukar ganas pada 28 April lepas).
EGM berkenaan, yang dicadangkan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, memerlukan kuorum seramai 500 anggota.
Peguam seperti Tan Keng Liang berkata beberapa resolusi akan dikaji semula seperti membantu semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat demonstrasi jalanan, tanpa mengira siapa pun mereka. Beliau berkata Majlis Peguam seharusnya membantu para peniaga, pemandu teksi dan mereka yang menerima kesan dan kerugian kewangan, petugas media, peguam dan anggota polis yang mendakwa diserang pada demonstrasi jalanan itu.
“Saya harap Majlis Peguam akan menegakkan prinsip keadilan undang-undang bagi semua, tidak hanya terbatas kepada sekumpulan orang terpilih dan ia seharusnya dilihat saksama,” kata beliau.
Peguam kanan, Roger Tan ketika dihubungi berkata beliau tidak fikir kesemua resolusi yang akan dibentangkan akan diluluskan sebulat suara, berdasarkan kepada perkataan semasa yang digunakan dalam beberapa resolusi, dan sebilangan peguam mendapati adalah sukar untuk menyokong resolusi seumpamanya.
Seorang lagi peguam, Ivan Chen berkata beliau tidak akan mengundi menyokong resolusi berkenaan kerana beliau percaya adalah tidak adil untuk mengkritik mana-mana pihak termasuk polis pada masa ini kerajaan kerajaan telah mengumumkan penubuhan satu panel siasatan.
“Kenapa terus membuat rumusan? Terdapat juga anggota polis yang cedera.
Lihat kepada anggota polis trafik (yang cedera). Beliau hanya seorang anggota polis trafik tetapi diserang. Apabila anda bercakap sebagai badan profesional, anda perlu melakukannya bagi semua pihak,” kata beliau.
Beberapa peguam, ketika dihubungi, memberitahu bahawa mereka tidak akan menghadiri EGM dan mendakwa bahawa Majlis Peguam sudahpun menyatakan pendirian badan itu selepas perhimpunan berkenaan, maka EGM itu tidak perlu diadakan.
Namun, Lim mempertahankan rasional Majlis Peguam mengadakan EGM dan menyatakan ia adalah forum paling sesuai bagi anggotanya mengemukakan pandangan mereka.
Peguam Tan Foong Loong berkata: “Saya akan mendengar terlebih dahulu apa yang Majlis Peguam ingin nyatakan. Mungkin akan terdapat lebih banyak bukti, dan selepas itu barulah saya membuat keputusan apa yang perlu dilakukan.”
Oleh yang demikian, persoalan sekarang adalah berapa ramai daripada 13,000 peguam di negara ini yang menghadiri EGM pada Jumaat ini? Berdasarkan pengalaman lepas, rekod kehadiran pada EGM menunjukkan hanya kira-kira 300 anggota menghadirinya.
Pada hakikatnya, Majlis Peguam telah menunda beberapa mesyuarat agung tahunan (AGM) dan EGM pada masa lepas berikutan bilangan kuorum tidak mencukupi.
Berikutan itu, Akta Profesion Undang-Undang 1976 (LPA) dipinda pada 2006 untuk mengurangkan jumlah kuorum yang diperlukan bagi mengendalikan AGM atau EGM serta membolehkan peguam muda bertanding dalam pemilihan.
Menerusi pindaan berkenaan, jumlah kuorum yang diperlukan untuk mengadakan AGM atau EGM kini adalah 500 anggota berbanding sebelum ini satu perlima daripada keanggotaan Majlis Peguam. — Bernama

No comments:
Post a Comment