myMetro
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa memberhentikan kenderaan BMW miliknya di stesen minyak berkenaan selepas mendapati tayar keretanya pancit.
Bagaimanapun, sebaik saja mangsa berusia 50-an itu memberhentikan keretanya, dua kereta jenis BMW dan Toyota Harrier menghalang kenderaannya di bahagian depan dan belakang sebelum dua hingga tiga lelaki meluru keluar ke arahnya bersenjatakan parang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi semalam berkata, sebelum kejadian, mangsa mengeluarkan RM200,000 dari bank di Sri Muda bertujuan membayar gaji pekerjanya.
No comments:
Post a Comment