Malaysiakini
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak
hasil kajiselidik Merdeka Centre - bahawa 92 peratus rakyat Malaysia
menyokong pembersihan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum akan
datang - hanya membuktikan tiada kebebasan dalam suruhanjaya tersebut,
dakwa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.Dalam satu kenyataan hari ini, beliau membidas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk menolak hasil kajiselidik itu sebagai "remeh" serta menyifatkan respondennya "mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".
Pua (kiri) mendakwa Wan Ahmad telah menghina responden dengan
mengatakan bahawa adalah lebih baik jika Merdeka Centre meninjau pendapat pengundi yang baru mengundi, daripada bertanya kepada "Rempit' di tepi jalan, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.
Pua mendakwa, keangkuhan SPR itu membuktikan ia tidak berhasrat untuk melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia dan tidak mengendahkan pendapat umum walau bagaimana negatif sekalipun.
Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.berkata komen tersebut menunjukkan Wan Ahmad adalah sebenarnya jahil, dan bukan rakyat Malaysia yang menjadi responden dalam kajiselidik tersebut.
No comments:
Post a Comment