Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel
(kiri), sama ada Joseph Brehem atau William Bourdon merancang datang minggu depan bagi membincangkan kes tersebut yang melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM7.3 bilion pada tahun 2002.
Kes kontroversi itu, yang didakwa melibatkan bayaran komisen berjumlah 114 juta euro (RM540 juta), telah didengar baru-baru ini dan diterima oleh hakim penyiasatan Roger Le Loire di Paris Tribunal Grande Instance.
"Bagaimanapun, semuanya bergantung sama ada mereka dapat memasuki negara ini," kata Gabriel kepada Malaysiakini dalam satu wawancara melalui telefon.
"Lagipun, Bourdon
telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dihantar
pulang pada tengah malam tahun lalu selepas dia berucap di satu majlis
tertutup makan malam di Pulau Pinang," kata Gabriel.Jabatan Imigresen telah berkata Bourdon (kiri) - yang bertugas dengan Sherpa - sebuah badan guaman tanpa keuntungan di Paris - telah dihantar pulang pada bulan 22 Julai tahun lepas kerana melanggar syarat-syarat lawatannya ke Malaysia.
Kali ini, kata Gabriel, para peguam berkenaan memohon visa kerja untuk memasuki Malaysia walaupun syarat imigresen hanya memerlukan mereka mendapatkan pas lawatan sosial.

No comments:
Post a Comment