Friday, May 11, 2012

Ketua Wanita MIC dakwa kena culik, diserang kerana enggan lepas jawatan

warkahdaily

  
Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes Ketua Wanita MIC Bahagian Pasir Gudang, K.Sundari, yang mendakwa dirinya diculik dan diserang kerana enggan melepaskan jawatan dalam parti itu.

“Ini kesalahan yang serius dan kita akan siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik," kata Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat kes dari semua sudut.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan baru-baru ini bahawa Sundari telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut.

Mangsa kemudiannya dikatakan ditinggalkan di sebuah tanah perkuburan Islam di kawasan Cahaya Baru di Masai di sini.

Sundari mendakwa penculik berkenaan yang disertai dua lagi wanita dan seorang lelaki memaksanya menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di atas tiga keping kertas bersaiz A4 selain mengambil wang tunai RM170 daripadanya.

Sumber: Bernama.com
Dipetik: Sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment