PETALING JAYA, 4 MEI:
Pihak media arus perdana terus menyembunyikan kisah mangsa tindakan
agresif polis pada perhimpunan Bersih 3.0 meskipun seorang demi seorang
mangsa tampil membuat pengakuan membongkar kezaliman pihak polis.
Kisah
tragis tindakan agresif polis diceritakan oleh Pengedar Teh, Lau Chee
Sun, yang terkena tembakan canister gas pemedih mata dari jarak 10 meter
sehingga mengakibatkan kecederaan di bahu kiri.
“Dalam
keadaan sesak, tembakan dilepaskan dari bawah jambatan landasan kereta
api. Saya melihat dua canister ke arah saya. Saya berjaya mengelak salah
satu daripadanya. Saya rasa pening dan mencari tempat berlindung.
Saya berjalan ke kedai mamak untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Sementara
itu, seorang lagi mangsa, Jashamsurnizam Md Jani pula disepak di
belakang badan sebelum dihumban ke longkang oleh tiga anggota polis
berhampiran bangunan DBKL.
Beliau
merupakan seorang pensyarah berkata, kejadian tersebut berlaku ketika
orang ramai bersesak menyelamatkan diri dan beliau berjalan kaki seorang
diri menuju ke HKL sambil menanggung kesakitan.
Jelas
beliau, ketika di HKL terdapat ramai pegawai tinggi polis menunggu di
hadapan pintu kecemasan dan sehingga kini, beliau, masih belum
memperoleh laporan perubatan.
“Saya
dicampak ke dalam longkang sedalam dua atau tiga kaki. Saya mengalami
kecederaan retak di bahagian tangan kanan dan tempurung lutut kanan saya
lari. Saya bangun sendiri dan menuju ke HKL,” katanya.
Seoarang
Jurutera, Mohd Firdaus Nurhakim Mohd Esah menceritakan detik hitam yang
dialami sepanjang 100 meter menuju ke tempat tahanan apabila beliau di
pukul oleh beberapa anggota polis sehingga mengalami kecederaan di
bahagian belakang badan dan leher.
“Pada
jam 5.30 petang, ketika itu keadaan dilihat agak tenang di Dataran
Merdeka. Polis datang dari dua arah dan saya mengangkat tangan tanda
menyerah. Saya tidak tahu hendak lari ke mana lagi dan mereka membelasah
saya disitu juga. Sepanjang jalan menuju tempat tahanan, lebih sepuluh
anggota polis membelasah saya. Seorang polis menanduk dada saya
menggunakan kepalanya.
“Saya terkilan sebab saya tidak membuat apa-apa kepada mereka. Mereka tidak ada hak berbuat sebegitu kepada saya,” katanya.
Katanya,
pihak polis memukul dalam keadaan terburu-buru sehingga beliau tidak
dapat bernafas dan diseret sehingga ke Dataran Merdeka.
Beliau
mengakui melihat sendiri tindakan pihak polis meragut rantai emas
selain merampas dompet peserta dan apabila ditanya dimana dompet
berkenaan, jawapan yang diterima hanyalah ‘tidak tahu’.
Beliau
turut mengakui pihak polis yang memukulnya tidak memakai nombor badan
seperti kebiasaan dan hanya bersorak ‘Padan Muka’ kepadanya ketika
dibawa oleh dua anggota polis.
“100
peratus pasti, nombor badan tiada. Bahagian nama saya tidak pasti.
Layanan yang diterima di Pulapol berbeza. Saya diberitahu unit di
Dataran dan Pulapol berbeza,” katanya.
Lapan
orang individu yang mengalami kekasaran telah membuat laporan polis
hari ini di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya sambil ditemani oleh wakil
Lawyer Of Liberty (LFL) Fadiah Nadwa Fikri dan wakil SUARAM, Nalini
Elumalai.
Fadiah
yang ditemui sejurus selepas itu berkata, pihaknya akan berbincang dan
mengumpul segala maklumat berkaitan mangsa keganasan polis dan mendesak
satu suruhanjaya penyiasatan bebas ditubuhkan. KERENGGA
kena bagi pengajaran kepada yang membelakangkan undang-undang.
ReplyDelete