KPN: polis akan siasat, tidak pilih bulu
2 Mei 2012 sinar harian
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
KUALA LUMPUR - Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat
kesimpulan awal berhubung tindakan polis terhadap rusuhan yang berlaku
selepas perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0, Sabtu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, orang ramai dan media perlu memberi ruang sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan bagi menentukan keadilan terhadap semua pihak.
“ Saya arahkan kepada pegawai penyiasat untuk menyiasat setiap laporan yang dibuat tidak kira daripada penyokong perhimpunan, media, mahupun anggota polis yang cedera.
“ Siasatan akan dilakukan secara profesional, telus, terbuka dan saya juga akan pastikan siasatan itu tidak pilih bulu bagi menjamin keadilan semua pihak.
“ Kita ada sistem keadilan jenayah terhadap semua individu, cuma bagi kami peluang dan ruang untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perjumpaan Ketua Polis Negara Bersama Media di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, hari ini.

No comments:
Post a Comment