
Baca judulnya dah buat kita tersenyum, tapi yang pasti ini cerita
sebenar. Seperti yang diberitakan Metro.co.uk, 2 orang pencuri
meninggalkan kedai perhiasan di Milwaukee dengan membawa hasil curian
iaitu wang tunai dan batu permata.
Sayangnya kedua pencuri itu tak boleh menikmati hasil curian mereka.
Sebelum berhasil merayakannya, kedua pencuri itu ternyata juga diincar
oleh pencuri yang lain. Dan barang curian mereka dicuri oleh kelompok
pencuri lain ketika cuba keluar dari kedai tersebut.
Menurut Leftnan polis Thomas Welch, kerana kejadian itu timbul
perkelahian di jalan sebelum akhirnya kelompok pencuri berhasil lari
dengan menggunakan kendaraan dan terjadi kejar-kejaran diantara mereka.
Untungnya polis berhasil membuat kedua kendaraan itu menepi dan menahan 4
orang termasuk 2 orang pencuri pertama yang berusia 40 dan 31 tahun.
Adapun group pencuri yang ke 2 berusia 22 dan 27 tahun. Ke 4 pencuri itu
berasal dari Illinois.
Tapi menurut Leftnan Thomas Welch, para polis tak menemukan wang tunai
atau juga perhiasan dan mereka sedang mencari kemungkinan adanya
tersangka lain dalam persitiwa itu. Borak Kosong
No comments:
Post a Comment