Lelaki Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma — Harian Metro Online:
Seorang
pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami kemalangan lalu koma.
Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila pemuda itu
tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang koma.
Remaja Jordan yang
bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan,
membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah
keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau
perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan
gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.
Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa
sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam
Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita
berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi
semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita
semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan
berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya
Rabbal Alamin.
Sumber: Melayukini.net

No comments:
Post a Comment