Ahad, 13 Mei 2012
KOTA BHARU - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung
Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila
seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya
ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.
Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, yang berasal dari Kampung Paya
Rambai berkata, dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas
mengalami pendarahan di duburnya.
"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika
nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum
mendapatkan rawatan di hospital Raja Perempuan Zainab II.
"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan
rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam
dubur," katanya.
Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. - BERNAMA
* Sumber

No comments:
Post a Comment