SHAH ALAM, 24 MEI: Usaha
terdesak MIC, untuk mempelawa MP Kapar S Manikavasagam melihatkan
pemimpin parti komponen Umno-BN itu menawarkan jawatan presiden partinya
kepada beliau sebagai sogokan.
Manikavasagam
mendakwa seorang pemimpin MIC tersebut yang juga bekas Timbalan Menteri,
pernah berkata parti itu akan menyingkir Tun S Samy Vellu yang pada
masa itu presiden MIC dan memberikan jawatan itu padanya.
Sogokan tersebut
dibuat oleh pemimpin MIC itu semasa perjumpaan dengan Manikavasagam di
pejabat beliau pada tahun 2009.
“Kita tidak mahu
Samy Vellu, kita mahu YB Manika. Kita akan terus masukkan YB Manika.
Umno kawal MIC.
“Jadi kita tidak
mahu Samy Vellu dan kita mahu YB Manika, terus masuk jadi Presiden MIC.
Tawaran macam ini semua ada,” katanya di dalam satu temurah program
“Terus Terang”.
Program tersebut
dihostkan pengarang TVSelangor Mat Zahari Ali di studio TVSelangor di
sini hari ini.
Sebelum ini,
dakwaan Manikavasagam akan meninggalkan Pakatan dan PKR tercetus kembali
ekoran satu laporan di dalam blog pro-Umno.
Artikel tersebut
mendakwa Manikavasagam meminta RM10 juta daripada bekas Ketua Umno
Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk keluar dari PKR.
Ekoran daripada
laporan itu, Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan saman
terhadap, Dr Mohd Khir dan penulis blog tersebut, M Zakrul Adam.
Tambah
Manikavasagam, beliau memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan
pengundi di kawasannya dan masih setia dengan Pakatan.
“Apa yang berlaku
kepada saya mesti berlaku kepada mereka yang melompat. Mesti ada sogokan
nak lompat.
“Macam isu pasir
saya pun kecewa bila Ahli Parlimen Wangsa Maju (Wee Choo Keong) yang
telefon saya menyatakan sedia membantu selesaikan masalah tetapi
tiba-tiba dia lompat (keluar parti).
“Saya ada
pendirian saya. Saya menyertai PKR iaitu parti pertama saya. Saya bukan
bekas ahli MIC, IPF atau PPP, saya dibawa masuk ke dalam PKR oleh bekas
Ketua AMK, Ezam Mohd Nor tetapi sekarang beliau pun sudah lompat, sudah
lari. Dulu dia selalu cakap perjuangan tetapi apa makna perjuangan?,”
soalnya.
Program Terus
Terang Akan Mula disiarkan pada awal Jun. KERENGGA
No comments:
Post a Comment