sinar harian
26 Mei 2012
MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak
kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa
pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah
membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya
tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan
pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini.
"Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno
termasuk menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak
bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
"Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya
Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya
luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment