Thursday, May 17, 2012

Peguam Perancis bidas Zahid Hamidi


Peguam Perancis, Joseph Breham membidas menteri pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dengan kenyataan Naib Presiden Umno itu yang mengatakan mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa terhadap rakyat Malaysia.


Peguam Perancis: Kamu salah, Zahid Hamidi

Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.NONE"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Breham (
kiri) mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh 
Mob.tv.

Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.
Amin Iskandar

ps...Zahid lain kali kalau nak cakap kena rujuk peguam dulu..

No comments:

Post a Comment