Kertas pendakwaan sangat sulit yang kini berada di tangan pendakwaraya
awam Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene
ketika Menteri Pertahanan waktu itu yang kini Perdana Menteri, Najib
Altantuya, menunjukkan bahawa syarikat Malaysia yang memperoleh kontrak,
Perimekar Sdn Bhd rupanya hanyalah sebuah syarikat agensi pelancongan!
Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengerusi Suara Rakyat Malaysia
(SUARAM) Dr Kua Kia Soong sebentar tadi dalan satu sidang media ringkas
di Kuala Lumpur.
Dr Kua yang berjaya memperoleh akses kertas pendakwaan secara eksklusif
semasa berada di Paris, Perancis, dua minggu lalu menyatakan bahawa
pendakwaraya Perancis sangat sibuk menyiasat skandal berkenaan sejak ia
mula terbongkar pada 2009 sehingga ke hari ini.
Jelas Dr Kua lagi, mereka telah menemuramah pegawai-pegawai kementerian
pertahanan negara itu yang terlibat secara langsung dalam kontrak
pembelian sehingga kepada termeterainya perjanjian antara kerajaan
negara itu dengan Malaysia.
Mereka juga telah memeriksa beberapa akaun peribadi dan akaun yang
berkaitan dengan urusan pembayaran seperti yang telah didedahkan pada
Khamis lalu oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel di Kuala Lumpur.
Kesemua dokumen termasuk memorandum persefahaman, memorandum perjanjian
jual beli, surat hasrat (letter of intent) serta invois dan akaun bank
turut dibongkar yang menunjukkan penglibatan secara langsung orang kanan
Najib Altantuya, Razak Baginda yang memiliki Perimekar.
Persolannya di sini, bagaimanakah sebuah syarikat yang berdaftar dengan
agensi pelancongan dan tidak ada kena-mengena dengan bidang persenjataan
jauh sekali ketenteraan boleh memperolehi bayaran lumayan berjumlah
EUR2.3 bilion (RM7.1 bilion) di mana pendedahan pada Khamis lalu
menunjukkan sekeping kertas faksimili tulisan tangan Najib Altantuya
meminta DCN membayar EUR1 bilion (RM3 bilion) sebagai bayaran pertama,
tidak termasuk EUR360,000 (RM1.2 juta) hanya semata-mata untuk berjumpa
dengannya?
Sejak SUARAM membuat laporan secara rasmi pada 2009, lebih 153 dokumen
dan bukti perjanjian pembelian kapal selam dirampas daripada pelbagai
sumber, antaranya Thales International yang berpangkalan di Hong Kong
serta pejabat DCN sendiri melalui pegawainya Henri.
Tidak mustahil siasatan selanjutnya bakal mendedahkan pula skandal
antara DCN dan Kerajaan Perancis yang dilihat mendiamkan diri sejak
penemuan skandal tersebut tercetus dengan pembunuhan misteri penterjemah
dari Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.
JALAN PULANG via iPad2
No comments:
Post a Comment