Saturday, May 19, 2012

Polis Thailand Selamatkan Beg Penuh Janin Berlapis Emas Untuk Ritual Ilmu Hitam

 Posted by on May 19, 2012   
janin bayi
Janin bayi ini rencananya akan dijual di Taiwan kepada pelanggan kaya secara online, kerana dipercayai  mendatangkan keberuntungan

Polis Thailand berhasil menangkap seorang warga negara Inggeris di Bangkok, setelah menemukan enam   janin bayi manusia berlapis emas yang ia masukan dalam travel bag.

Hok Kuen Chow (28), seorang warga Inggeris kelahiran Hong Kong dari orang tua Taiwan, ditangkap di daerah Yaowarat.
Ia dipercayai  mencuba menyeludupkan janin manusia berumur dua hingga tujuh bulan yang telah dilapisi dengan emas kembali ke Taiwan, dan berencana menjualnya kepada para pelanggan kaya secara online.

Menurut laporan, Chow mengakui membeli mayat janin yang telah dikeringkan dan dicat dengan lapisan emas, untuk 200,.000 baht  .
Di Taiwan, dia boleh menjual janin-janin tersebut enam kali ganda dari harga yang ia beli, kepada klien kaya yang percaya bahawa janin akan membawa mereka kepada keberuntungan.

“Janin tersebut berusia antara dua dan tujuh bulan, “kata Wiwat Kumchumnan, dari unit perlindungan wanita dan anak, pihak polis Thailand..

Chow mengatakan ia berencana untuk menjual janin kepada klien yang percaya bahawa janin manusia itu akan membuat mereka beruntung dan kaya.
Selain beberapa ditemukan dilapisi emas, polis  juga mengatakan janin itu juga memiliki beberapa hiasan religius dan tato pada mereka.
Chow ditangkap setelah polis  menerima informasi bahawa ada mayat janin yang sedang ditawarkan kepada klien kaya melalui layanan iklan web ilmu hitam. Ritual ilmu hitam masih dipraktikkan di Thailand, dimana peramal nasib jalanan menawarkan upacara untuk membalikkan nasib buruk seseorang.
Chow menghadapi hukuan satu tahun penjara dan denda 2,000 baht  jika ia terbukti bersalah  manado today

No comments:

Post a Comment