harakahdaily
KUALA LUMPUR:
Menjelang Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 Jun ini, pelbagai persiapan
giat dilakukan bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
Selain khemah-khemah yang sudah mula dipasang, raptai tentang program itu juga akan dijalankan esok, khususnya bagi program Amanat Presiden, yang dijadualkan di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Alor Setar.
Pengarah program tersebut, Datuk Mahfuz Omar, berkata selain raptai bagi program Amanat Presiden itu, raptai bagi program Himpunan Hijau juga akan diadakan pada 31 Mei ini.
"Penyediaan raptai ini bagi memastikan segala perancangan kita dapat berjalan dengan baik. Dengan raptai, kita dapat melihat mana-mana kekurangan dan akan perbaikinya secepat mungkin," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS juga berkata, kira-kira 200 tapak gerai telah habis dijual sempena program tersebut.
Tambahnya, pihak urusetia masih mendapat permintaan daripada peniaga yang inginkan tapak gerai, namun tidak dapat dipenuhi memandangkan ruang yang terhad.
"Pihak urusetia memohon banyak kemaafan kerana ruang agak terhad. Ruang yang ada ini kita khaskan untuk para peserta program, parkir dan sebagainya, yang terpaksa kita kosongkan," tambah beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau juga berkata program ini tidak menjemput wakil dari luar negara memandangkan fokus program ini untuk menuju ke Putrajaya.
Bagaimanapun, wakil pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat Kedah, dijangka akan menyerikan program ini sebagai 'tuan rumah'.
Selain pimpinan Pakatan Rakyat Kedah, beberapa selebriti tanah air juga dijangka turut memeriahkan program ini yang mensasarkan kehadiran ahli PAS dari seluruh negara.

No comments:
Post a Comment