26/05/12
KUALA LUMPUR 25 Mei: KEADILAN telah mengenal pasti samseng Umno yang
melempar batu, telur dan botol hingga menyebabkan beberapa penyokong
Pakatan Rakyat cedera di ceramah malam tadi.
Menurut Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya KEADILAN Lembah Pantai, Md
Zaman Md Tasi, tindakan biadap itu dilakukan oleh Pemuda Umno kawasan
berhampiran.
“Saya mengenal pasti mereka adalah Pemuda Umno. Saya merupakan penduduk
Lembah Pantai dan mustahil saya tidak mengenali mereka,” katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.
Turut hadir, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan
setiausaha politik pejabat beliau, Fahmi Fadzil.
Zaman berkata, sebelum kejadian itu, beliau menerima sistem pesanan
ringkas (SMS) daripada seorang Pemuda Umno yang merupakan rakannya,
memberitahu, salah seorang daripada mereka akan mensabotaj program malam
itu.
“Saya menyedari SMS itu selepas samseng tersebut memotong kabel bekalan
elektrik, bagaimanapun saya tidak mampu berbuat apa-apa” katanya.
Malam tadi, ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di
Pangsapuri Pantai Permai dicemari aksi samseng Umno yag melempar batu,
telur dan botol.
Kejadian itu menyebabkan seorang warga emas parah di kepala dan seorang
kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai patah tangan kiri.
No comments:
Post a Comment