Tuesday, May 29, 2012

Suami Cemburu, Pipi Isteri ‘Diukir’ hingga cacat


INILAH.COM, Beijing – Seorang lelaki China yang cemburu  pada sang isteri, tega menyerang perempuan malang itu dan ‘mengukir’ pipinya dengan kata-kata tak pantas.

Insiden yang ramai di kalangan pengguna internet China ini, mulanya diberitakan oleh web China Hush. Menurut web itu, Wei Shengxiong dan Xiaowei telah menikah sejak 2006. Mereka bertengkar kerana Wei curiga isterinya berlaku curang.

Pada pagi hari, 30 March lalu, pertengkaran pasangan yang memiliki dua orang anak itu semakin buruk. Wei memutuskan untuk membuat isterinya ‘cacat’ kerana merasa marah. “Ia juga ingin membuat isetrinya jelek, sehingga takkan dicintai lelaki lain dan tak berselingkuh.”

Setelah mengikat dan menuliskan kata-kata China di pipi isterinya, Wei menggosokkan abu ke atas luka itu sehingga takkan hilang seperti tato. Jika terjemahkan secara kasar, huruf China yang ia tuliskan bererti ‘murahan’.

“Saya hanya ingin bercerai dan melakukan pembedahan plastik. Wajah saya rosak dan harus mengenakan topeng jika keluar rumah,” ujar perempuan itu. Namun di pengadilan, Wei memiliki pengakuan yang berbeza.

Menurut polis, Wei memberikan beberapa pilihan bagi Wei untuk bertanggung jawab atas perselingkuhannya. Pertama, Xiaowei harus  tinggal di rumah merawat anak mereka, serta tak perlu bekerja.

Kedua, selingkuhan Xiaowei harus membayar sejuta yuan kepada Wei. Ketiga, mereka semua pergi ke pengadilan. Terakhir, Wei membuat isterinya cacat dan mematahkan kakinya. Wei memberi tahu kepada polis, isterinya memilih dibuat cacat.

No comments:

Post a Comment