KUALA LUMPUR
- Inkuiri Suhakam menunjukkan kecederaan dialami oleh Timbalan
Presiden Pas, Mohamad Sabu berpunca daripada pelanggaran dengan
kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketika perhimpunan Bersih 2.0
pada 9 Julai 2011, tetapi tidak terdapat bukti konklusif mengenai cara
insiden itu berlaku.
Laporan penemuan dikeluarkan hari ini
berkata, tiada bukti sama ada kenderaan PDRM yang telah melanggar beliau
dan penunggang motosikal, Mohd Zulkifli Abdul Halim atau kedua-dua
mereka sendiri melanggar kenderaan polis dalam usaha untuk mengelak diri
daripada ditangkap atau pelanggaran tersebut berlaku dengan begitu saja
tanpa sesiapa yang melakukannya dengan sengaja.
No comments:
Post a Comment