JALAN PULANG
Tragedi di Himpunan Sejuta Belia - Drag Racing Tajaan Umno-APCO
Dua
orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang
berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia
2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.
Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.
Penganjur
perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut
bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih
belum dapat disahkan.
Apa
yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan
secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan
hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan
manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.
No comments:
Post a Comment