Bermula
pada awal pertemuan yang tak terduga mereka berkenalan di sebuah kelab
malam di Ireland dan jarak rumah mereka berdua lebih kurang 100m.Mereka
pada mulanya hanya berkawan dan kemudian saling cinta -mencintai.
Tetap mahu berkahwin
Sehingga
mereka mendapat seorang anak walaupun tidak bernikah. Setelah itu James
dan Maura (bukan nama sebenar) ingin bertemu dengan ibu Maura, kerana
ibunya ingin berkenalan dengan calon menantunya dan ibunya mendapati
mereka berdua memiliki nama ayah yang sama.Ibunya telah membuat
penyiasatan dan mendapati mereka berdua adalah adik beradik yang
mempunyai bapa yang sama dan berlainan ibu.
Tak
puas dengan kenyataan itu James dan Maura pun melakukan ujian DNA dan
ujian itu membuktikan mereka adalah adik beradik. Namun hal ini tidak
membuat cinta diantara mereka goyah, mereka berdua tetap komitmen untuk
meneruskan hubungan walau Undang Undang setempat di Ireland melarang
pernikahan mereka. Mereka juga bercadang untuk memiliki anak yang kedua.
Kejadian
ini bermula ibu James menjalin hubungan dengan seorang pemuda berusia
19 tahun hingga lahirnya James.Namun begitu ibu akhirnya bercinta pula
dengan pemuda yang lain.Kedua ibubapa James akhirnya berpisah membawa
haluan masing-masing. Ayah James berkahwin dengan wanita lain sehingga
mendapatkan anak perempuan bernama Maura.Sijil kelahiran mereka berdua
dengan jelas mereaka mempunyai nama ayah yang sama. (link)
No comments:
Post a Comment