Malaysiakini
Tinjauan yang dibuat dalam minggu-minggu sebelum
perhimpunan BERSIH pada penghujung April mendapati hampir separuh
daripada responden tiada kepercayaan dalam proses pilihan raya semasa.Menurut tinjauan Merdeka Centre pada 14 hingga 26 April, sebanyak 49 peratus tidak percaya proses itu bebas daripada ketidakaturan.
Daripada 1,019 orang responden, hanya 20 peratus "sangat yakin" bahawa proses pilihan raya Malaysia boleh dipercayai.
Dari segi pecahan kaum pula, sebanyak 68 peratus responden berbangsa Cina tidak percaya pada proses itu berbanding 19 peratus orang Melayu berpendirian sama.
Masyarakat Melayu kelihatan lebih optimis dengan 57 peratus masih percaya berbanding 39 peratus lagi sebaliknya. Golongan India pula mencatatkan separuh tidak yakin.
No comments:
Post a Comment