Sunday, May 20, 2012

UMNO kata bukan depa yang baling batu dan telur

Malaysiakini

  • Zulaikha Zulkifli
  •   Mei 20 2012
 
Pemuda Umno Jasin menafikan bahawa ahlinya bertanggungjawab membaling telur dan batu pada kereta dua ADUN DAP ketika satu jamuan minum petang di Merlimau bersama pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.

Setiausaha Pemuda Umno bahagian itu, Jezlee Tit berkata insiden  membaling telur dan batu itu berlaku di luar jangkaan mereka.
Malah, arahan untuk membawa telur dan batu juga tidak dikeluarkan, katanya yang juga ketua Pemuda Umno cawangan Merlimau.
"Saya sendiri tak pasti siapa yang baling dan buat. Sebab semalam kita panggil yang ada sekali masa itu (demonstrasi) ada yang Umno ada yang bukan Umno. 

"Di bahagian saya, memang saya tak ada keluarkan arahan bawa telur dan batu. Saya juga yakin ini bukan kerja budak-budak saya. Budak Jasin tak macam tu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. 
Katanya, program asal mereka ialah untuk mengadakan demonstrasi aman bagi menunjukkan protes terhadap kehadiran Ambiga.

No comments:

Post a Comment