Rabu, 23 Mei 2012
kosmo
ABDUL RAHIM
(tengah) bersama pegawai UPP Kelantan menunjukkan sebahagian wang tunai
yang dirampas daripada seorang wanita warga Thailand di Kota Bharu
semalam.
KOTA BHARU – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya
mematahkan kegiatan licik seorang wanita warga Thailand yang mengikat
wang tunai berjumlah RM109,050 di badannya sebelum masuk ke negara ini
di Kompleks Imigresen Kastam (KIK) Rantau Panjang di sini kelmarin.
Ketua Pengarah UPP, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, wanita tersebut
yang tidak mengisytiharkan jumlah wang yang dibawanya sebelum memasuki
negara ini ditahan hasil maklumat awam selain intipan oleh pihaknya
selama sebulan.
Menurutnya, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10
pagi ketika cuba memasuki negara ini dengan menunggang sebuah motosikal
bernombor pendaftaran Thailand.
“Pemeriksaan awal menemui wang tunai berjumlah RM40,000 yang disimpan di
dalam beg tangan dan diletakkan di dalam bakul motosikal wanita
terbabit. Wanita itu kemudian dibawa ke Kompleks UPP Rantau Panjang
“Pemeriksaan lanjut menemui sejumlah RM109,050 yang diikat pada badannya
menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai yang dirampas sebanyak
RM149,050,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau ditemui ketika menghadiri majlis meraikan pegawai dan kakitangan
yang bertukar di Ibu Pejabat UPP Kelantan di sini semalam.

No comments:
Post a Comment