KUALA LUMPUR: “Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu
dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas
mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya
daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur
lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai
dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.
“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih
apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).
“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti
dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan
sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro,
semalam.
Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau
menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di
rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini. (harian
metro)
No comments:
Post a Comment