Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan
Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH
melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh
merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba
– tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform
beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali
kali.
Saya turut dipukul dengan objek tumpul.
Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India
ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang
perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya.
Sampai di
Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha
chegubard orang kuat Anwar bontot !”
Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh
anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya
muntah,
darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh
terus
dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan,
namun
ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya.
Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang
hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya
rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba
rebahkan badan
mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis
seluk
poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya
sambil
bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM
200 di
poket kanan telah hilang.
Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah
(seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama
(seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling).
Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report
panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena
pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau
aku bunuh kau tak siapa tahu tau”
Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke
dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup
dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan
dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan,
hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi
(Pulapol).
Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi
anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam
tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad
dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki
bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman –
teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.
Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas
sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai
tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah
semua ini dirancang oleh pihak atasan ?
Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan
anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah
diperbodohkan
oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran
Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan
oleh Najib yang penuh
ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu
hampir
tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan.
Keduanya
kalau ada pun kesalahan, ada beberapa
peserta demonstrasi tolak halangan polis
kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah
mahkamah
iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap
halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali
menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan
melanggar
demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.
Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam
setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan
Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan
berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan
berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya
ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. Saya yang
kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang
anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya
dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam.
Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.
Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.
Kredit: ANAK SUNGAI DERHAKA
Sila sambung bacaan anda di ( SINI )

No comments:
Post a Comment