Mereka tidak minta dilahirkan
begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica
ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka
atau lebih dikenali dengan Gynecomastia.
Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita.
Dek kerana fizikal mereka yang
dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering
dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.
Namun, kini semuanya berubah
apabila ‘payudara’ mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di
salah sebuah hospital di sana.
Gynecomastia atau
Gynaecomastia adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu di
bahagian payudara kaum lelaki membesar dan menyebabkan mereka mempunyai
bentuk fizikal seperti wanita.
Keganjilan mempunyai payudara
atau mempunyai hormon ini adalah mungkin disebabkan oleh keturunan atau
pun memiliki hormon wanita yang diwarisi dari si ibu.
Golongan lelaki yang terdedah
untuk mempunyai hormon tidak stabil ini adalah remaja dan golongan tua
apabila mereka mengalami gangguan metabolisma.
Bagaimanapun, nisbah untuk
mengalami ketidakstabilan hormon ini bukanlah disebabkan proses
kegemukan atau obesiti bagi sesetengah individu.
Tetapi, pakar-pakar kajian masih lagi melakukan kajian mengenai proses hormon yang ganjil ini.
Pakar-pakar telah pun
mengeluarkan kajian mereka dan mengatakan punca gynecomastia masih lagi
tidak dapat disahihkan kepada satu-satu sebab walaupun ia disebabkan
oleh kadar hormon sex hormone-binding globulin (SHBG) yang tinggi dalam
tubuh badan kaum lelaki. [Sumber: mynewshub]
No comments:
Post a Comment