24 June 2012
Baru sehari dua menjadi Ketua
Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa sudah bercakap politik, sedangkan beliau adalah ketua kepada 1.4 juta
perkhidmat awam yang sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bekerjasama
dengan sesiapa atau mana-mana parti yang dipilih rakyat. Kakitangan kerajaan
merupakan pelaksana kepada apa-apa dasar yang telah digubal oleh sesiapa yang
memerintah yang diberikan mandat oleh rakyat.
Dr Ali menyeru kepada semua
kakitangan kerajaan supaya memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada pada
hari ini dan jangan mendengar janji-janji kosong dari pihak pembangkang.
Walaupun beliau berasa berterima kasih kepada kerajaan kerana dijadikan KSN
manggantikan KSN yang lama ia tidak bermakna Dr Ali boleh menafikan hasrat
rakyat yang ramai yang merupakan empunya kepada negara ini.
Penjawat awam itu pun kepunyaan rakyat
dan dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk gaji Dr Ali itu sendiri. Penjawat
awam seperti Dr Ali ini nampaknya mesti melalui kurusus sivik yang asas untuk
memahami apakah jenis negara dan sistem yang ada yang beliau akan tadbir ini.
Malaysia tidak lagi mempunyai KSN
sehebat Abdullah Ayub, Abd Kadir Shamsuddin, dan beberapa orang yang lain
semasa pentadbiran Mahathir Mohamad. Dari menjadi seorang yang ‘impartial’ Ali
Hamsa menjadi seorang ahli politik. Jika begitulah keadaannya maka kita layan
KSN ini sebagai seorang ahli politik.
Seruan yang pertama saya jika
didengari elok Ali Hamsa meletakan jawatan dan bertanding diatas tiket BN dan
berkempen keseluruh negara untuk membuktikan yang parti pembangkang memberi
janji kososng. Inilah yang menyebabkan kerajaan sekarang sudah menjadi haru
biru kerana mereka bercakap tentang isu yang mereka tidak sepatutnya bercakap.
Sekarang kita lebih diyakini
bahawa kita mempunyai sebab yang lebih besar kenapa BN mesti ditolak oleh
rakyat kali ini. Sikap seorang penjawat awam berpangkat KSN ini amat memalukan.
Mentang-mentanglah beliau melangkahi ramai penjawat awam yang lebih
berkelayakkan dari beliau, beliau memilih untuk mengampu dan membodek pimpinan
yang ‘incumbent’.
Kita ingatkan apabila Sidek
bersara, kita akan mendapat seorang KSN
yagt lebih mulia tetapi nampaknya hari demi hari kita mendapat pentadbir yang
tidak keliru seperti beliau (Sidek).
Segala-galanya sudah menyimpang
jauh. Pastikanlah yang PRU13 ini akan mengubah segala-galanya.
Setidak-tidaknya kita akan ganti seorang KSN yang tidak sewel spserti
ini. ASPAN ALIAS
No comments:
Post a Comment